Kambing Jumna Pari atau Jamnapari mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par) di Uttar Pradesh , India dimana ia banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat di Agra, Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena di Madhya Pradesh. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.
Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan.
Peranakan Ettawah (PE) merupakan istilah baka kambing yang merujuk kepada Jamnapari Kacukan yang digunakan di Indonesia dan menjadi antara baka pilihan ramai pengusaha/penternak di Malaysia. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Ettawah merujuk kepada Etawa yang merupakan daerah Etawa di Uttar Pradesh di mana salah satu tempat Jamnapari banyak terdapat dan Peranakan bererti Kacukan. PE pada dasarnya adalah kambing kacukan antara Jamnapari/Ettawah dan kambing Kacang. Pada dasar nya istilah Peranakan Ettawah Tulin atau PE Tulin seperti yang lazim dikatakan oleh ramai pengusaha/penternak adalah tidak tepat kerana PE tidak pernah di daftarkan sebagai satu baka (breed). Pengusaha di Indonesia mengredkan PE hanya mengikut pandangan mata dan menjadikan ciri-ciri Jamnapari Tulin sebagai asas, diantaranya ciri muka, hidung, mulut, ‘feathers’, warna bulu , saiz , dll.
Berat Lahir
Jantan: 3 - 4 kg
Betina: 3 - 4 kg
Berat Dewasa
Jantan: 68 - 91 kg
Betina: 36 -63 kg
Ciri-ciri Jamnapari
- Bersaiz besar.
- Terdapat kepelbagaian warna bulu (warna putih dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan).
- Hidungnya amat cembung (highly convex nose line) dengan sekelompok bulu diatasnya.
- Mulutnya berbentuk ‘parrotmouth’.
- Telinganya amat panjang (26.79cm), berlipat dan jatuh kebawah.
- Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm).
- Ekor pendek dan kurus.
- Bulu yang tebal dan panjang di bahagian paha dan pinggul , dikenali sebagai ‘feathers’ merupakan ciri yang utama.
- Juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar.
Kelebihan Jamnapari
Memandangkan permintaan terhadap daging dan baka kambing cukup tinggi di Malaysia pada masa kini, projek penternakan ini merupakan satu projek yang berpotensi tinggi untuk di maju dan di usahakan.
Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan juga kelemahannya, samaada ianya Jamnapari, Boer, Saanen, Katjang mahupun Biri Biri. Namun apa yang perlu di utamakan adalah sistem penternakan dan pengurusan yang baik.
Malaysia yang berkeadaan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun akan meningkatkan lagi masalah ternakan terdedah kepada jangkitan bakteria, infestasi cacing dan kutu serta jangkitan kuman fungus. Adalah penting untuk mendapatkan baka yang tahan lasak dan dapat mengadaptasi kepada keadaan ini dengan baik ataupun dapat melakukan perkahwinan silang dengan baka tempatan bagi meningkatkan lagi daya ketahanan ternakan terhadap penyakit.
Dengan alasan inilah maka pihak Segi Ternak Sdn Bhd telah memulakan penternakan kambingnya dengan jenis Jamnapari sahaja dahulu memandangkan jenis ini mempunyai daya adaptasi dan ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan kelebihannya menyesuaikan diri pada persekitaran iklim di Malaysia memandangkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa. Kelebihan Jamnapari ini juga adalah:
- Pembiakannya berkembang dengan pantas dan efisien iaitu 2 kali setahun dengan purata 2 ekor anak setiapkali kelahiran malah berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam satu masa.
- Matang ketika berumur 6 bulan dan pada usia 10 bulan sudah boleh mengawan.
- Saiznya besar dan berat. Berat dewasa puratanya adalah 36 – 65 kg seekor dan boleh mencapai sehingga ke tahap 100 kg keatas.
- Boleh di jual sewaktu umur 6 bulan (berat 20kg) samada untuk pembakaan atau penyembelihan.
- Pertumbuhan berat badan adalah tinggi iaitu antara 4 hingga 6 kg sebulan.
- Kadar kematian rendah = anak < 7% dan dewasa < 3% setahun.
- Sesuai di pelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot.
- Anak kambing boleh di asingkan daripada ibu kambing 2 – 3 bulan selepas di lahirkan. Pengasingan ini merangsang anak kambing untuk makan makanan kental serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga, dengan pengasingan ini, ibu ibu kambing akan memulakan kitaran haid dan seterusnya mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing miang.